JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Saturday, 7-Apr-2007 14:30 Email | Share | | Bookmark
Belayar



Belayar,
Dalam tenang yang terulit,
Indah tanding senyum terselit..

Belayar,
Dalam olak yang berombak,
Nafas turun naik mendadak..

Belayar,
Jauh mata memandang,
Tersadai sepi di gelanggang...

Belayar,
Tewas dalam layaran,
Bukan itu tandingan...

Arghh.. omong kosong?
Tidak, Ini bukan dusta.
Ini bukan ceritera.
Ini kisah nyata...
Yang bisa kita dendangkan di mana-mana...

Perlu?
Tidak. Tapi mahu.
Untuk apa?
Untuk suka-suka saja.
Mengapa?
Kerana ada yang tiada!!!



Friday, 23-Mar-2007 20:37 Email | Share | | Bookmark
Railway Potraiture

 
 
 
View all 6 photos...




Tuesday, 20-Mar-2007 16:02 Email | Share | | Bookmark
Alone



Sendiri. Merenung diri dalam kepekatan malam.
Kau nampak bayang hitam.
Sendiri. Dalam renung yang tidak terurus.
Kau nampak garis panjang melurus..

Kau berdiri dalam lautan manusia.
Sendiri. Mengamati satu persatu.
Kau lihat. Di sana ada kamu.
Merenung diri kau yang berdiri.
Sendirian.

Kau sudah jumpa dirimu?
Belum. Tidak. Di mana?

Ada. Ada di sana.
Kau harus cari.
Sehinggakan ketemu.
Jangan putus asa.
Sampai bila-bila.
Carilah dirimu. Sendiri.


Sunday, 4-Mar-2007 18:23 Email | Share | | Bookmark
Lonely



I'm feel lonely. Nothing much to say. I'm just feel lonely.

Berada di penghujung dunia, seperti aku pernah katakan. Kaki Langit.
Apa yang kau dapat di sana? Ketenangan? Kebahagiaan? Atau keseorangan?

Hidup didunia, bukan untuk kau bersendirian. Bagaimana Adam sunyi sendirian di bumi, maka diturunkan Hawa untuk menemaninya. Adakah kau ingin melanggar hukum alam yang telah ditetapkan sejak azali olehNYA?

Kau ingat kau bisa sendirian di dunia ini? Kau terlalu ego jika kau katakan kau boleh sendirian. Ingin menjauhkan diri dari semua orang. Aku rasa.
Kau harus fikir dengan akal, bukan dengan rasa.


Saturday, 3-Mar-2007 17:28 Email | Share | | Bookmark
Chap Goh Meh 2007

 
 
 
View all 4 photos...

Bunga api yang dipasang pada sambutan Chap Goh Meh peringkat negeri Johor di Danga Bay pada 03 Mac 2007 dan majlis turut dihadiri Menteri Besar, Y.A.B Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman dan Menteri Pengangkutan, Y. B. Dato` Sri Chan Kong Choy.


Chap Goh Meh diraikan pada malam ke-15 pada Tahun Baru Cina. Ia juga dikenali sebagai 'Chinese Valentine Day'. Pada sambutan Chap Goh Meh juga terdapat tarian singa dan naga. Mengikut kepercayaan kaum cina juga, pada sambutan ini wanita yang belum berkahwin akan membaling buah limau ke dalam sungai agar mereka akan mendapat suami yang baik dan sempurna.



[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net