JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Thursday, 22-Feb-2007 11:40 Email | Share | | Bookmark
Nikon Poster



Menyahut Cabaran Commercial Shoot | Poster Dslr yang di buka di forum FMDC membuatkan aku teruja.

Aku cuba siapkan mengikut citarasa sendiri. Poster ini tampak biasa saja. Aku bukan seorang pereka grafik. Bukan.

Kalau Nikon mahu beli poster yang aku buat ini. Itu sudah bagus. Aku kata KALAU.


Tuesday, 20-Feb-2007 04:09 Email | Share | | Bookmark
Berlari Ke Kaki Langit




KALAU. Kalau dulu aku suka berangan-angan. Ingin berlari di kaki langit. Untuk apa? Untuk menggapai sang pelangi. Indah. Menawan.

Namun kini. Bagi aku yang indah hanyalah sementara. Kau lihat nun pelangi di kaki langit. Indah cuma seketika. Bila kau dekati, semakin ia menghilang. Di telan kabus pagi. Kau. Masih terpaku dengan keindahan yang sementara.?

Cuba kau selami diri sendiri. Terlalu banyak yang indah dalam dirimu. Tanpa kau sedari. Kenapa pula tidak kau hargai diri mu? DIA mencipta kau sesempurna mungkin. Roh ditiup ke jasad mu bagaikan mengajak kamu untuk berlari. Berlari di Kaki Langit.



Saturday, 17-Feb-2007 17:01 Email | Share | | Bookmark
Chineese New Year 2007



Saturday, 10-Feb-2007 19:16 Email | Share | | Bookmark
Matinya Seekor Pejuang

 
 
 
View all 4 photos...



Dia. Berjuang demi nyawanya. Walaupun nyawa dihujung tanduk. Dia. Tetap berjuang hingga ke titisan darah terakhir. Namun apakan daya, kudrat dan iradat itu lebih besar dari segalanya. Dan penentuannya, dia tewas akhirnya. Dalam disedutnya nafas, rongga yang melohong itu berbunyi bagaikan menyatakan betapa seksanya di saat getir nyawa itu pergi meninggalkan jasad.

Usah. Kau fikirkan bagaimana. Cukup. Kau renungkan betapa keseksaan itu adalah hak milik bagi mereka yang ingkar. Dan selembut-lembut tarikan dari Izrael adalah keseksaan yang amat bagi semua umat.

Kau. Bersyarah lagi. Bagaikan ustaz. Tapi sayang, kau tidak beramal.



Tuesday, 6-Feb-2007 16:06 Email | Share | | Bookmark
Outdoor Portraiture - VF Gang

 
 
 
View all 20 photos...




Aku. Tidak suka shoot outdoor using flash. Aku juga. Tidak suka gunakan reflector. Aku shoot untuk suka-suka. Jadi aku tidak hiraukan bayang mahupun kegelapan di sekitar dagu mahupun leher. Sisi tepi aku biarkan bayang menyelubungi muka. Itu aku anggap natural dan real. Aku tidak suka bayang yang ada itu di hilangkan dengan wujudnya reflector. Aku. Bukan nak buat iklan apa-apa dengan gambar yang aku shoot. Aku. Kalau plan nak shoot untuk commercial, baru aku gunakan reflector mahupun flash.

Jadi. Aku suka natural. Kalau orang kata salon photo perlu perfect dari segi lighting, itu benar. Dan aku. Rasa. Salon Photo juga tidak menghilangkan bayang yang wujud di atas raut dan susuk tubuh, cuma salon photo lebih pandai mengolah bayang agar sesuatu foto tampak lebih natural.

Ada orang cakap, shoot outdoor portraiture Wajib pakai flash dan reflector. Aku taktau mana dia dapat info itu. Aku sangkal habis-habisan. Portraiture ada banyak cabang. Jadi pilihlah cabang mana satu untuk kau lalui. Jangan cakap wajib kepada semua cabang. Kerana setiap cabang sudah tentu berbeza penghujungnya.

DAN..foto-foto di sini belum layak mencapai tahap untuk masuk kategori Salon. Harap maklum.


[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net