JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]
Saturday, 3-Feb-2007 05:26 Email | Share | | Bookmark
Studio Portraiture III

 
 
 
View all 7 photos...



Thursday, 1-Feb-2007 21:36 Email | Share | | Bookmark
Thaipusam Festival 2007

top5
 
 
View all 24 photos...
Thaipusam Festival on 01 February 2007 was held at Kuil Sri Muniswarar, Tampoi, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Sunday, 28-Jan-2007 18:15 Email | Share | | Bookmark
Paradise



Kau pernah impikan kedamaian? Tipulah kau kalau kau kata pada aku. Tidak Pernah.
Aku? Aku sentiasa impikan kedamaian dalam hidup. Sesiapa pun barangkali.
Terkadang aku rasa tenang, bahagia, sejuk, gembira, meriah. Dan itulah yang aku namakan KEDAMAIAN.

Paradise dalam kosa kata Inggeris memberikan makna Syurga jika diterjemahkan bulat-bulat.
Kau tahu apa itu Syurga? Kau pernah dengar orang berkata, Syurga Dunia?
Ada setengah orang yang dirinya sendiri tak dapat nak gambarkan syurga itu bagaimana menterjemahkan yang dasar laut itu merupakan Syurga Dunia. Di bawah sana terlalu indah.
Ya. Indah. Dan mereka hanya tahu yang syurga itu indah. Semua agama di atas dunia ini bersetuju mengatakan Syurga itu Indah. Kau Islam? Kau Kristian. Kau Buddha. Kau Hindu? Semua percaya yang syurga itu indah.

Kau. Mahu masuk syurga? Satu kata kuncinya sahaja. BERBUAT BAIK.

* Berbuat baik yang jika dihuraikan, tidak mampu di taip di fotopages sahaja. Tetapi itulah Kata Kuncinya.





Saturday, 27-Jan-2007 17:52 Email | Share | | Bookmark
Golden Hour



Senja. Nenek cakap ketika aku kecil dulu. Senja waktu syaitan berkeliaran. Aku ingat asal tiba waktu malam sahaja maka syaitan keluar berkeliaran. Macam kelawar dan burung hantu. Rupanya syaitan itu ada di waktu siang juga.

Bila aku remaja sedikit, aku belajar agama. Syaitan menggemari waktu-waktu tertentu untuk berkeliaran. Atau dalam bahasa manusia adalah 'pergi ambil angin'. Waktunya adalah seperti waktu Syuruk iaitu ketika fajar mula memunculkan diri, dan ketika waktu senja iaitu ketika fajar mula melabuhkan tirainya. Dalam bahasa fotografi, ianya digelarkan dengan gelaran Golden Hour.

From Wikiapakedianyer
Quote:
In photography, the golden hour is the first and last hour of sun during the day when a specific photographic effect is achieved with the quality of the light during these hours.


Terdapat juga waktu lain yang mana si setan ini suka 'ambil angin' iaitu ketika matahari tegak di atas kepala. Dan waktu-waktu yang telah di nyatakan ini adalah merupakan waktu yang diharamkan untuk bersolat. Aku? Kau? Kita? Rasa mengantuk dan malas untuk bersolat ketika waktu zuhur. Btol?


* tiba-tiba jadi Ustaz ..


Friday, 26-Jan-2007 17:15 Email | Share | | Bookmark
Samudera



Samudera yang luas terbentang. Betapa jauh harus ku renangi samudera ini?
Bukan senang macam kau berjalan di atas kaki lima, walaupun penuh sesak sekalipun.

Samudera ini kadang menggila. Membuatkan kau mual. Kadang membuatkan kau merasa ngeri.
Kalau takut di lambung ombak, samudera luas jangan kau renangi. Ini peribahasa aku reka 1 saat lepas.

Kekadang samudera ini tenang. Angin bayu bertiup membuatkan kau rasa selesa, indah dan tidak ingin meninggalkan samudera luas. Kau rasa ingin menyelam ke dasarnya. Tapi jangan kau fikir, setenang samudera ini, sekali ribut melanda, kau akan resah gelisah menantikan kesudahannya.

Ah.Samudera. Punya macam-macam cerita. Yang kau tak mampu gambarkan kecuali kau punyai pengalaman yang luas. Berenang di Samudera luas.



* Samudera kini tenang, terkadang angin bertiup bagai menduga kekuatan olak ombak.



[<<  <  7  8  9  10  11  12  13  [14]  15  16  17  18  19  20  21  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net