JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 23-Jan-2007 18:39 Email | Share | | Bookmark
Surrender

 


Aku sayang dia. Sangat. Tapi dia tidak percayakan aku. Langsung.
Apa boleh aku buat untuk dia berikan kepercayaan pada aku. Jujur? Ikhlas?
Sudah. Sudah aku buat. Kerana terlalu jujurlah, dia berikan 'Get Lost' pada aku.

Kenapa bila terlalu jujur. Tetap datang masalah?
Adakah perlu untuk terus mengalah? Hands up your hand dude.!!
Bicara tentang hati bagaikan membicarakan kisah dongeng.
Sekadar ada di atas kertas, setakat ada suara dari mulut bercerita.
Zaman sudah canggih, setakat ada di atas surat elektronik. Setakat ada pada Khidmat Pesanan Ringkas. Siapa? Ya Siapa kan percaya pada kisah dongeng? Ia ibarat cuma menghiburkan hati di kala duka.. di kala lara.
Begitulah juga kisah cinta yang lahir dari hati. Ya.. Dari Hati itu Ibarat Dongeng saja. Bagi Dia.

Namun. AKU. Tetap dengan niat yang satu. Niat yang murni lahir dari hati nan satu.
Kau? Kau apa tahu wahai sang kodok. Ko diam-diam saja. Aku. Aku tahu apa yang aku mahu.!!
Aku cuma mahu DIA. Ya.!! DIA..DIA yang SATU, tiada DUA, malah tiada TIGA.

Har! Har! Har!.. Aku tetap mahukan DIA. Mahukan apa? Cuma mahukan dia PERCAYAKAN AKU.
Ya. Tidak banyak, cukuplah kepercayaan sekadar untuk membahagiakan kami.!!



Sunday, 14-Jan-2007 12:34 Email | Share | | Bookmark
Next Top Model

 
 
 
View all 6 photos...
Our next top model, presenting Miss Wanna. 24/F/JB



Shoot at Capturepix's Studio by AyAres and the clan.


Saturday, 13-Jan-2007 17:28 Email | Share | | Bookmark
Mother of Flood




Banjir atau Bah atau Flood merupakan suatu bencana alam yang tidak dapat di elakkan. Boleh dikatakan masyarakat di Malaysia sudah lali dengan banjir tatkala pada penghujung setiap tahun. Di kotaraya Kuala Lumpur pula sering berlaku banjir kilat yang mana juga sudah menjadi mainan bagi masyarakat di sana yang seringkali terkandas di jalanraya. Di kotaraya yang mana sistem perparitan yang sepatutnya boleh kita katakan sempurna sejajar dengan membangunnya negara sebagai sebuah negara maju di asia ini dan juga di mata dunia masih tidak dapat mengelakkan dari di landa banjir.

Kini, Johor yang sudah hampir 100 tahun lalu tidak mengalami banjir yang besar kini juga tidak dapat tidak mengelak dari bencana alam dan takdir yang telah ditetapkan. Semua musibah ini adalah mempunyai hikmahnya tersendiri. Dan bagi mangsa-mangsa banjir dan mereka yang terlibat akan dapat merasai akan hikmah yang cuba di sampaikan oleh Allah S.W.T kepada khalifah-khalifah di muka bumi nya ini.

Sama-samalah kita berdoa agar bencana ini tidak akan berlanjutan lagi dan kembali pulih kepada sediakala agar kehidupan ini dapat di teruskan dengan lancar. Dan seterusnya masyarakat dapat mencari rezeki tanpa sebarang masalah.


Friday, 29-Dec-2006 19:52 Email | Share | | Bookmark
Mengintai Dari Tirai Kamar

 


Dah lama ese mengintai, akhirnya ese ketemu. Takkan mungkin ese mengalihkan lagi pandangan ini. Akan ese teruskan jua mengintai saat itu sehingga ia muncul di depan mata.



Thursday, 28-Dec-2006 16:59 Email | Share | | Bookmark
Editing Experimental

Editing :


Original Photo :



Editing memainkan peranan penting dalam photography untuk memberikan lebih impak kepada nilai artistic sesuatu gambar yang mempunyai mood yang berlainan. Editing dan photography merupakan dua benda yang terlalu subjektif kerana setiap penilaian adalah berdasarkan apa yang di fikirkan oleh penonton. Dan setiap penonton mempunyai pemikiran dan penglihatan yang berbeza terutama dari segi artistic, color dan mood yang di bawa oleh pemilik karya tersebut.

Sambil belajar sambil merenung kembali yang editing juga merupakan olahan ke atas gambar digital yang mana jika pada zaman filem, olahan ini di lakukan ketika di dalam Dark Room iaitu dengan mengadunkan bahan kimia yang bersesuaian dan sukatan yang tertentu untuk menghasilkan suatu karya yg di anggap artistic oleh pemiliknya. Kebanyakan profesional photographer pada zaman sebelum wujudnya digital camera lebih menggemari untuk melakukan olahan dan adunan sendiri di dalam Dark Room agar hasilnya bakal menepati citarasanya.

Begitu juga pada zaman yang lebih maju dan canggih, dunia digital membawa perubahan yang amat besar malah lebih memberikan kesan yang besar ke atas olahan foto. Pengkarya pada zaman digital boleh berimaginasi dan mengolah suatu gambar menjadikan gambar itu memberikan lebih impak dan imaginasi yang bermain di fikiran pengkarya juga adalah tidak lagi sukar untuk di terjemahkan ke atas canvas digital.

Seperti kata pepatah moden, "semuanya di hujung jari". ataupun, "dengan jari pun boleh".


Editing yang dilakukan terhadap photo ini :

- Open original file ( Layer 1 - bground )
- Duplicate layer ( Layer 2 )
- Multiply that duplicate layer
- Duplicate again that multiply layer ( Layer 3 )
- Multiply kan lagi sekali layer yang ketiga tersebut.
- Adjust Saturation , Hue on layer 1 and layer 3
- Adjust Color Balance on layer 1
- Merge All Layers
- Unsharp Mask
- Curves sesedap rasa
- Typo editing


p/s : gambar asal dan pembelajaran adalah dari opensource 'didiz'.. TQ


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net