JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 21-Nov-2007 19:22 Email | Share | | Bookmark
At Work



Kalau time kerja, kena kerja. Tapi kalau time kerja tu blur-blur, kena juga rehatkan minda. Kena juga freshkan balik. How to do? Chatting? Surfing forum? Layan gambar? atau Termenung?

Jika tanya ese, ese suko poie kedai dan duduk minum2, borak ngan kengkawan. Aktiviti ini biasanya di panggil Mengulor lah kalu versi Johor. Mengulor ni kalau sikit-sikit takpe, tapi kalau berlebihan itu yang membawa parah.

Berbalik pada soal kerja. Kadang kerja boleh membawa tensen. Kadang kerja boleh menghiburkan. Terpulang pada individu macamana sesorang itu handle dia punya kerja. Kalau tanya ese yang kerja dalam bidang marketing ni, apa yang boleh membuatkan ese tensen ada beberapa sebab lah.
1. Tidak ada project yang sangkut
2. Project sangkut tetapi client cerewet tahap cipan
3. Buat proposal yang kita sendiri taktau apa kebenda kita buat
4. Proposal kita buat tak di terima pakai

Dan ada juga perkara yang menggembirakan dalam kerja-kerja sebagai Marketing ni.
1. Project smooth tanpa sebarang masalah
2. Sangkut big project with big margin
3. Proposal simple tetapi di terima pakai
4. Bonus/Insentif tinggi.. yeeeehaaaa...

Selama 3 tahun bekerja di dalam bidang Marketing belum cukup untuk ese berlari pantas. Bukan takut untuk berlari tetapi pengalaman yang cetek ini tidak cukup kuat utk berlari di trek. Belum cukup kuat untuk memecut laju. Masih lagi bertatih satu persatu mencari titik punca di mana untuk ese mula berlari dan terus berlari kelak.

Wahai kawan, doakan ese moga berjaya dalam bidang yang diceburi.


Monday, 5-Nov-2007 05:35 Email | Share | | Bookmark
Cameron Highland ( CH )

 
 
 
View all 24 photos...


Cameron Highland yang ese pernah pergi dulu-dulu semasa lawatan sekolah seingatnya semasa itu sekolah rendah. Dah berbelas tahun tak ke sana. Memang cuaca di sana masih lagi sejuk tetapi tidaklah sesejuk seperti dulu hinggakan bangun pagi, semua pakaian di sidai dalam apartment pun boleh basah.

Ese poie ke sana bersama trip FMDC Bahagian Tengah yang di sertai juga oleh warga FMDC Utara. Konvoi mendaki bukit di Cameron Highland sebanyak 8 buah kereta dan singgah2 di tengah perjalanan untuk mengambil gambar. Pemandangan memang indah. Kami melalui jalan Simpang Pulai - Camera Highland yang mana jalannya lebih lebar dan selesa.

Cameron Highland memang terkenal dengan ladang Teh dan juga Strawberry. Memang kami tak melepaskan peluang melawat ladang Teh Boh yang berada di kaki Gunung Brinchang dan juga melawat kebun Strawberry. Tidak juga melepaskan peluang melawat Taman Rama-Rama dan Taman Bunga yang ada.

Pada Sabtu iaitu malam Ahad, terdapat pasar malam yang menjual sayur-sayuran dan makanan berasaskan pertanian. Pasar Malam ni berada di hadapan Balai Polis Brinchang dan jualan di sini ada yang murah dan ada juga yang mahal harganya.

Kami menginap di Desa Anthurium Apartments yg terletak di antara Brinchang & Tanah Rata. Apartment ni memang berbaloi lah untuk family yang pergi bercuti. Murah dan selesa. Berada di lereng bukit membuatkan malamnya kami tidur dalam kesejukan yang amat.





FOR WEDDING GALLERY, VISIT OFFICIAL FOTOPAGES at CAPTUREPIX'S


Monday, 29-Oct-2007 15:47 Email | Share | | Bookmark
Apparent Reflection



This Zebra photo was taken at Singapore Zoological Garden during my visit with SFCS forums member.
* title was suggest by Matsap-FMDC.


Saturday, 20-Oct-2007 06:49 Email | Share | | Bookmark
Draganizer



Original photo :


Editing menggunakan Action File dan sedikit penambahan editing seperti menggunakan Burn Tools, High Pass, Curves, Blending, Cropping.

Here i'm sharing an action file. Try it by yourself.
Download Action


Friday, 5-Oct-2007 19:28 Email | Share | | Bookmark
Jalan Berliku



Selurus jalan yang kau lalui, akan kau temui likunya. Akan kau temui persimpangannya. Akan kau redahi onak dan ranjau. Dalam terang mahupun gelap. Kau akan tetap jua terus menerus melalui jalan itu. Jalan yang kau pilih itu.

Bagaimana caranya kau menyusur yang membujur. Bagaimana caranya ko menyusup yang melintang. Bagaimana semua itu bergantung pada diri kau kerana ianya jalan yang kau pilih.

Dalam hidup, tiada yang senang selamanya. Dan tiada yang susah selamanya. Jika kau mahu senang, penuhilah ilmu di dada kau. Agar kau bisa membawanya untuk melalui jalan yang kau pilih itu. Jalan Berliku.

Kenapa kau memilih jalan yang berliku? Kenapa tidak kau pilih saja jalan lurus yang ada di depan kau?

Kerana aku. Tahu yang jalan yang lurus itu bakal berliku dan bersimpang jua, samada di akhirnya atau di pertengahannya. Lalu aku pilih jalan berliku untuk aku bersedia lebih awal untuk terus melalui liku-liku dan persimpangan yang lain.

Ya. Persimpangan di JALAN BERLIKU.



Nukilan Spontan - AyAres | 2007


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net