JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Sep-2007 21:46 Email | Share | | Bookmark
Tak Aci



Tak Aci.

Semalam. Pembekal kami hantar hamper besar. Kat situ di tulis,
" Selamat Hari Raya - [*My Office Name] - from [ *Supplier Name ].
Aku dengan staf yang ada terliur tengok ada macam-macam benda dalam hamper tu.
Ada coklat, ada biskut, ada air dan serba serbi. Nasib baik puasa. Takpe, aku nak tunggu waktu
petang nanti, mahu bukak itu hamper agih-agihkan kepada bos dan staf. Aku letak atas meja di ruang tamu.

Waktu pulang sudah tiba. Aku keluar dari bilik, tengok-tengok aje hamper tu dah hilang.
Aik? Kemana hilangnya hamper ni? Aku tanya pada officemate.
Dan jawapannya : " Bos bawak balik rumah, tadi saya tolong masukkan dalam keretanya".

Tak Aci.

Ya. Masakan boleh begitu. Hamper tu kalau di ikutkan ditujukan kepada Office, maka secara tidak langsungnya ditujukan kepada semua staff.
Apalah makna Office kalau tiada Staffnya. Kan?
Kalau hamper itu di tulis "Selamat Hari Raya [Nama Bos] - from [ Nama Supplier ] , maka tidaklah ralat bagi kami kerana sudah sedia maklum yang hamper tersebut ditujukan kepada individu yang bergelar Boss tersebut.
Tetapi ini terang nyata lagi bersuluh yang hamper dituju kepada seluruh warga Office kami.

Tidaklah bagi kami untuk berkira benda yang kami sendiri pun mampu beli.
Tetapi tidaklah akan seronoknya rasa kami semua sementelah hamper tersebut telah kami lihat, kami teliti.
Malah tidaklah seronok akan rasanya bila ianya telah di conquer secara individually.

Sememangnya hak seorang Boss, terpulanglah pada beliau untuk berkongsi atau tidak cuma perkara seperti ini seolah tidak aci bagi kami kerana ia melibatkan keseluruhan Office.
Amatlah tidak ralat bagi kami sekiranya ia memang ditujukan khas kepadanya.

Ese cuba buat-buat bertanya directly dengan Boss sekadar menguji untuk melihat apakah jawapannya,
"Mana perginya hamper yang diberikan oleh supplier?".
Dengan ringkas tanpa rasa ralat baginya, memberitahu ese yang hamper tersebut telah habis di sapu dua orang anaknya.
Emmm, ese tersenyum kelat sendirian. Terus terasa ralat dalam hati. Ese pun tau staff lain juga terasa akan ralatnya.

Tapi siapalah kami? Tidak mampu bersuara dan hanya menerimanya sekadar sahaja. Tidak mahu nampak berkira sangat kalau itu yang beliau mahukan. Tapi siapakah yang berkira sekarang ini? Kami ( Staff ) ataupun Boss?


Real Scene - AyAres151


Sunday, 23-Sep-2007 18:06 Email | Share | | Bookmark
Mimpi Yang Tiada Kesudahan



Aku selalu bermimpi. Mimpi yang tiada penghujungnya. Tatkala ia datang tanpa diundang, aku harungi mimpi itu dalam separa sedar. Gelisah. Resah. Panas. Peluh membasahi cadar tilam ku.
Ngeriiiiiii....

Tubuh aku lemah bagaikan tiada maya. Pasrah menanti kesudahan mimpi itu. Dalam longlai aku merangkak mengharung lautan kegelapan. Di mana? Aku tidak pasti. Semuanya gelap bagaikan sudah tiada bulan, tiada mentari, tiada lagi sinar yang meberikan cahaya. Semua gelap.

Nunnnnn.. di hujung sana. Kelihatan satu titik cahaya menerobos masuk. Aku tidak mampu berlari untuk kesana. Rebah aku dalam pasrah yang sudah. Tanganku menggapai-gapai menanti harap ada yang sudi menghulurkan tangan mengheret aku ke titik cahaya. Bila? Siapa? Di mana?

Aku tertanya-tanya dalam hati yang kian pasrah. Adakah aku masih punya masa? Adakah aku mampu untuk sampai ke titik cahaya yang mampu menyelamatkan aku dari lemas dalam kegelapan? Mungkin?

Walau bagaimanapun, aku harus terus merangkak. Sesekali aku tersadung, rebah tersungkur aku mencium bumi. Usaha aku menuju sinar, harus aku teruskan. Tiada siapa yang mampu membantu saat dan tika ini. Hanya kekuatan dalam diri mampu membantu aku. Jika aku berserah, sampai bila aku tidak akan sampai kepada sinar itu.

Sinar kian hampir walaupun tampak masih jauh dari pandangan mata. Aku yakin ia makin hari makin dekat dan aku harus gagahi jua merangkak menghampirinya. Aku tidak mahu lagi mimpi ini tiada kesudahan. Tidak Mahuuuu...!!! Aku mahu hentikan semua mimpi ini..!!!!



Nukilan - AyAres151 | 2007


Friday, 14-Sep-2007 17:06 Email | Share | | Bookmark
Usia Riang



Bilakan Usia Riang anda?

Naik Mesin Masa, pusing ke 15 tahun lalu.

Pulang saja dari sekolah. Makan nasi dan lepas tu mula lah nak keluar rumah jumpa kengkawan. Bawak satu lastik buatan sendiri. Dan kutip batu dekat perkarangan sekolah Arab sebelah rumah tu. Penuh sebelah poket dengan batu. Jumpa kawan dekat kebun getah belakang rumah salah sorang.

Menghala ke hutan seberang sungai. Redah hutan carik burung nak lastik. Dapat lastik sekor dua burung, sembelih. Konon2 terel la tu sembelih pakai pisau lipat jer. Sekali putus daaa kepala burung tu.

Bawak ke tebing sungai. Cabut bulu then basuh. Kendian nyalakan unggun api. Jolok burung tu dengan kayu then bakar. Yang mana kawan tak dapat lastik burung, kongsi-kongsi lah burung yang di bakar tu. Time tu dah lapar jugak penat dok redah hutan, jadi lantak aje la. Lepas tuh apa lagi, terjun lah sungai mandi. Siap terjun tiruk semua.

Dah abis mandi, berjemur kejap then baru la ingat nak balik. Dah nak gelap dah masing-masing takut dengan antu air. Nak plak tu nak balik kena redah hutan lagi sekali.

Indahnya zaman kanak-kanak. Tak perlu fikir banyak-banyak. Macam takde apa-apa masalah.






Tuesday, 11-Sep-2007 21:00 Email | Share | | Bookmark
Minor Editing

Edited Photo


Original Photo


Cuba membuat sedikit editing hasil dari pembelajaran lepas. Gambar asal di ambil dari website promosi Canon Eos-1D Mark III yang di berikan oleh Mr. Jeff kepada saya untuk tujuan pembelajaran.


Sunday, 9-Sep-2007 11:41 Email | Share | | Bookmark
Learn from Otai





'Trial Editing' during Fotografik Workshop organized by Fotokahwin and Fotografik at CICT, UTM Skudai on 09 September 2007. I'm one of the organizing team. After the registration and the class is going to start, i'm just sitting at back and also followed for what our 'Guru' teaching at front.

So, above is a final touch-up done by me during that class. This is not proper editing, just trial while learning.

Enjoyz.

Disclaimer : All photo above is not my shoot, the photo originally shoot by Kukubesi.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net