JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 18-Jul-2007 18:40 Email | Share | | Bookmark
Wisha Birthday

 
 
 
View all 11 photos...


Birthday Wisha, my friend at Virtualfriends.net ni pada 8 July 2007. Yang ke berapa ek?
Wish u good luck in whatever u do.. and may Allah bless u.


* sorry coz lambat update. cian wisha dok tunggu2 photo dia.


Tuesday, 17-Jul-2007 14:56 Email | Share | | Bookmark
Usaha



Naik Mesin Masa. Putar.

Dulu, sekitar tahun 2003. Jiwa rasa tidak tenang. Segala usaha rasa sia-sia. Putus asa. Ya, putus asa dengan apa yang dilalui lantaran tiada minat yang mendalam terhadap bidang tersebut. Tersasar sedikit.

Putar sedikit lagi.

Sekitar 1999, tawaran ke universiti selatan menggembirakan hati. Ese dan semua di sekeliling. Barangkali. Integrasi Sains Komputer bidang yang ditawarkan. Tanpa tahu sejauh mana kemampuan dan minat dalam bidang yang bermain dengan bahasa mesin. Terjah juga.

Ese minat dengan Teknologi Maklumat yang lebih kepada pengurusan tentang teknologi, pengaplikasian dan penggunaan teknologi. Namun Sains Komputer pula lebih kepada pengolahan dan pengodekan bahasa-bahasa asing. Kalau kamu pernah tengok cerita Matrix, begitulah coding-coding bahasa asing yang sukar untuk manusia fahami.

Kalau bidang Teknologi Maklumat kita umpamakan seperti buah, daun dan ranting. Maka Sains Komputer ini boleh kita umpamakan seperti sel-sel dan akar umbi pokok tersebut. Tahun pertama di universiti seolah macam masuk sebuah alam ghaib yang lain yang sukar kamu gambarkan.
Segalanya pelik dan tidak pernah dilalui sebelum ini.

Kalau dari segi pembelajaran, duduk di bilik kuliah seolah kamu menonton wayang yang harus kamu fokus dan amati satu persatu agar jalan ceritanya kamu dapat fahami. Begitu juga jika kamu tertidur atau terlepas satu sesi pengkuliahan, nescaya kamu akan ketinggalan. Kelas tutorial merupakan kelas yang lebih utama berbanding kelas pengkuliahan. Pada kelas tutorial itulah kamu akan dapat mendalami dan memahami lebih tepat apa yang kamu tonton,dengar,perhati di bilik kuliah.

Naik mesin masa. Putar semula.

Tahun 2004. Semua rakan-rakan yang dulu sama-sama sekelas belajar sudah pun tamat di awal tahun. Ese pula tertinggal satu subjek yang harus di sudahi. Jika tidak, sia-sia lah 4 tahun di tanah selatan ini. Gagahi juga memasuki kelas orang-orang dewasa belajar yang mana ese terpaksa ambil satu subjek tersebut sahaja di SPACE ( School of Professional and Continuous Education ).

Berbekalkan semangat dan iltizam yang ese mahu juga habiskan belajar tanpa kecundang. Setiap kelas pada Sabtu dan Ahad tidak ditinggalkan. Tidak cukup itu, ikuti group study bersama orang-orang dewasa di rumah-rumah mereka. Tidak cukup lagi, adakan sesi tambahan bersama pensyarah. Tidak cukup lagi, berguru dengan junior-junior yang pada masa itu malu atau segan sudah ese tolak ke tepi. Yang dipegang cuma satu. Dimana ada usaha, di situ ada kejayaan. Yang penting tidak putus asa.

Tanggal August 2004, walaupun agak terlalu lama untuk menghabiskan pembelajaran dalam keadaan jiwa tertekan, akhirnya ese berjaya juga menyarung jubah konvokesyen. Mungkin bagi mereka yang berjubah merah, apalah sangat dengan jubah hitam yang ese pakai. Namun bagi diri ese, ianya suatu yang amat-amat besar dan berharga yang pernah ese perolehi dari berkat kesabaran dan semangat sentiasa berusaha.

Malah, usai saja majlis tersebut. Ese terus di tawarkan untuk bekerja. Bukan jawatan mahupun gaji wang ringgit yang diutamakan ketika itu, akan tetapi peluang. Ya, tidak semua orang berpeluang ditawarkan kerja jika tiada pengalaman. Mereka yang berbaju merah yang hadir sama-sama konvokesyen pun belum tentu mendapat peluang terlebih awal begitu. Sukar. Namun rezeki itu datangnya dari DIA.

Terdetik di hati. Adakah ini ganjaran atas berkat kesabaran dan usaha yang berterusan tanpa kenal erti putus asa?

Bila ese duduk di pejabat, ese kadang bersyukur dan berbangga pada diri sendiri. Walaupun dulu ese terlambat dari kawan-kawan untuk menghabiskan pembelajaran, namun sekurangnya kini ese mengorak langkah mendahului sesetengah dari mereka dalam kerjaya.

Apa yang ese pegang pada saat hampir putus asa dulu? Kata-kata semangat dari keluarga dan kawan-kawan, TERUSKAN PERJUANGAN , JANGAN PUTUS ASA, SENTIASA BERUSAHA.

Berjalan mesti ke depan, bukan ke belakang.

Renung-renungkan lah.


Tuesday, 10-Jul-2007 14:24 Email | Share | | Bookmark
3 Gadis Pingitan?

 


Tuesday, 3-Jul-2007 13:47 Email | Share | | Bookmark
Sandakan Trip 2

 
 
my prennnn - khalid
View all 4 photos...


Ini stock lama, tapi saja nak upload utk berkongsi bersama rakan-rakan.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang daerah ini, klik SANDAKAN.



Sunday, 1-Jul-2007 11:52 Email | Share | | Bookmark
Caught You Again

 

Caught by Razak Albaginda


Caught by AyAres

Quote:


Seronok buat job dokek area kampong. Kadang2 boleh mengimbau kenangan zaman kocik2 dulu.
Berbanding job di hotel-hotel, ese lobih seronok cover job di area kampung. Suasano walaupun tidaklah terlalu grand, namun ia cukup cerio malah mendamaikan jiwo.

Walaupun dalam seronok itu ado juo bondo yang kurang seronok. Kadang tu orang kampong tak paham apo yang cubo kita lakukan utk dapekkan hasil yang terbaik buat pengantin tersebut.
Kalu grup foto tu, makcik atau pakcik yang kurang sporting tu, bila kita suruh ceria-ceriakan skit, dorang buat donno malah pandang slack kat kiter. Lobih malang kalu siap kono sound dek pakcik makcik yang kurang paham kojer yang kito buek. Nak taknak tahan ajo la telingo.
Mungkin dorang ingat photographer skarang harus samo ajo dongan photographer 20 tahun dolu2.

Jadinyo, dokek sini lah pontingnya budi bahaso kito sebagai photographer, skill PR kito dan jangan lupo sentiaso senyum walau dalam apo juo keadaan. Lagi molek amat kalau kita punyoi skill buat lawak. Itu sudah satu kelobihan untuk handle majlis agar cerio dan apatah lagi untuk handle pakcik makcik. Skill PR kito ni bukan boleh belaja sehari duo jo, ia jugo melibatkan bakat dalam diri masing2. Tapi kalau kito mencuba, lamo-lamo skill PR kita pun bleh mantap sejajar dengan skill photography kito. Ayuh photog-photog sekalian, tingkatkan skill PR anda.!





Wedding Job by : Capturepix's Studio
Want to booking wedding photojournalist at Johor, just click the link above.


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net