JOHOR PHOTOGRAPHER FOTOBLOG

By: Johor Wedding Photographer

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Jun-2007 16:00 Email | Share | | Bookmark
Caught In Action




Caught by Lanrasso @ Liza Wedding Day, Tendong, Pasir Mas, Kelantan.
Wedding Job by : CAPTUREPIX'S STUDIO


Quote:
When i was at Kelantan for 1st wedding job there, ada la beberapa orang pakcik makcik tercakap lebih kurang like this.. " wah, ganas betol ambil gambar, duduk mencangkung, amik dari bawah lagi , amik kot atas lagi.."

Dalam otak ese terpikir, "aik, takdo ker photographer kat Kelantan ni yang shoot mcm ni? Xkan dorang tak pernah tengok kot? ".

What i explain to them is. " makcik, amik gambar kot bawah ni lagi lawa, kito kena amik ikut semuo arah, kot atas lagi lawa makcik.. nampak semua orang..nnt siap album, makcik tengok nnt deh." sambil ese tersenyum simpul kot2 makcik ado anok daro..kot2 dia berkonan dongan ese.

Mak andam at Pasir Mas also very excited nak tengok my album yang ese explain my album not a sticky album but printing on album and hard cover fully designed. Dia tak paham pun and jemput ese datang to her boutique and bring my album. Malangnya masa tu ese tak bawak pun sample album. Just tunjuk my brochure only.

Ese terfikir lagi, adakah market Wedding Photography di Kelantan masih belum menggunakan Customize Album atau ianya belum meluas lagi? Ese ada jugak terdengar photog-photog di Kelantan dah buat Customize Album but cuma beberapa orang sahaja dan yang ese kenal seperti Shamabd ( based Jerteh ) dan Mysoho ( based KB ).

And di dapati market Wedding Photography kat Kelantan agak meluas juga walaupun taraf kehidupan di sana agak rendah berbanding KL, JB, PNG and PHG. Tak mustahil for wedding photographer to get one wedding job in rate RM2k above. Good luck to you all there.

( ese ni sekali sekala bleh la amik job kat sana sambil balik kampong, but kalu nak buat market there, tak larat aih..kat JB pun tak abis nak makan.. )


*perbualan di atas telah di alih bahasa





Friday, 1-Jun-2007 02:32 Email | Share | | Bookmark
Next Male Model ?

 
Next Male Model ??? Muahahahahaha...



Tuesday, 29-May-2007 12:48 Email | Share | | Bookmark
Thailand Visiting

 
 
 
View all 4 photos...
Pekan Golok, Thailand merupakan sempadan di antara Malaysia-Thailand yang dipisahkan oleh sebatang sungai. Pada zaman dahulu kala mengikut ceritera orang tua-tua di Kelantan, Golok pada asalnya merupakan sebahagian dari tanah melayu namun kerana pertaruhan di antara Raja kelantan dengan Raja Siam pada ketika itu di dalam pertandingan sabung ayam, mereka mempertaruhkan sebahagian kawasan jajahan. Dan ketika itu Raja Kelantan telah kalah dan Golok telah diserahkan dan menjadi jajahan takluk Raja Siam. Sejauh mana kebenaran cerita ini, rujuklah kepada pakar sejarah negeri Kelantan.

Bagi penduduk Kelantan terutama penduduk sekitar Rantau Panjang, mereka sudah biasa berulang alik ke pekan Golok menaiki perahu menyeberangi Sungai Golok yang selebar lebih kurang 20 - 30 meter. Bagi pelancong yang sampai ke pekan Rantau Panjang, Kelantan, jangan lupa untuk turut sama menjengah ke seberang iaitu ke Pekan Golok, Thailand.





Tuesday, 22-May-2007 18:26 Email | Share | | Bookmark
Sandakan Trip

 
 
 
View all 9 photos...


Siapa yang pernah jejakkan kaki ke Sandakan, sudah pasti akan mengetahui tempat yang dinamakan Sim-Sim. Pada sekitar awal 2000an, Sim-Sim amat popular dengan ikan bakar yang enak dan yang pasti ianya murah. Sim-Sim merupakan penempatan kebanyakan kaum Bugis turut juga dihuni oleh pendatang dari Filipina. Kedudukan Sandakan yang agak tidak jauh dari Filipina menjadikan ianya lokasi strategik pendatang asing malah turut menjadi tempat persembunyian dan markas lanun laut.

Adakah ketika Jack Sparrow nak menuju ke Singapore, beliau turut singgah jumpa kawan-kawan beliau di Sim-Sim?


Monday, 21-May-2007 16:27 Email | Share | | Bookmark
Wana in CLS Portraiture @ Gunung Ledang

 
 
 
View all 7 photos...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net